Lanyrd (Sistem direktori persidangan)

Lanyrd (disebut dan dinamakan sempena "lanyard" ) ialah sebuah tapak laman web direktori untuk acara persidangan akademik. Ia dicipta oleh Simon Willison dan Natalie Downe dan dilancarkan pada tahun 2010. [1] Laman web ini dicipta semasa pasangan itu sedang berbulan madu. [2]Sistem laman web ini menyusun catatan blog, foto dan liputan daripada acara persidangan dan memastikan ia teratur mengikut sesi dan penceramah. Pengguna di laman web akan dikenal pasti melalui API Twitter dan acara dikongsikan kepada pengguna berdasarkan kenalan mereka di Twitter. Syarikat itu menerima sebanyak $1.4 juta dalam pembiayaan pemula pada September tahun 2011, [3] setelah mengambil bahagian dalam program inkubator permulaan anjuran Y Combinator . [4] [5] Syarikat itu berpangkalan di kawasan Bulatan Jalan Lama di London . [6]Pada Oktober tahun 2011, Lanyrd melancarkan aplikasi dalam sistem iOS untuk peranti iPhone dan iPod Touch . [7]Untuk membantu peserta pada persidangan SXSW Interactive pada tahun 2012 di Austin, Texas, Lanyrd telah melancarkan sesi persidangan dengan penyenaraian tapak laman web khas dengan menyenaraikan senarai penceramah, dan membenarkan individu melihat rakan mereka dari Twitter yang menghadiri atau bercakap pada sesi yang dijadualkan. [8] Mereka juga menyediakan data SXSW dalam bentuk iPhone dan aplikasi web mudah alih. [9] [10] Di samping itu, Lanyrd menghasilkan plugin untuk pelayan laman web Google Chrome, Firefox, Opera dan Safari. Lanyrd juga memberi fungsi untuk menapis tweet yang menyebut SXSW atau daripada peserta SXSW. [11] Laman web ini menjadi alat yang berguna untuk mengaggregatkan aktiviti persidangan.Pada September tahun 2013, Lanyrd telah diperolehi oleh syarikat Eventbrite . [12] [13] Selepas pemerolehan, url laman web lanyrd.com tidak lagi berfungsi.

Lanyrd (Sistem direktori persidangan)

Diciptakan oleh Simon Willison, Natalie Downe
Dilancarkan pada 2010; 13 tahun yang lalu (2010)
Status terkini Tidak lagi dalam perkhidmatan
Jenis laman web Pengurusan acara, Rangkaian Sosial
Komersial Ya
URL lanyrd.com

Rujukan

WikiPedia: Lanyrd (Sistem direktori persidangan) http://betakit.com/2012/03/08/companies-aim-to-get... http://gigaom.com/2011/09/09/how-lanyrd-went-from-... http://lanyrd.com http://lanyrd.com/blog/2011/iphone/ http://lanyrd.com/blog/2013/eventbrite/ http://www.netmagazine.com/features/net-awards-201... http://www.xconomy.com/san-francisco/2011/05/12/la... https://www.readwriteweb.com/archives/happy_appive... https://www.readwriteweb.com/mobile/2012/01/how-la... https://techcrunch.com/2011/09/06/lanyrd-secures-1...